Rompin terletak di tepi pantai , menghadap Laut China Selatan
yang terbentang luas. OIeh itu Rompin merupakan destinasi memancing
yang terkenal. Ini adalah kerana Rompin adalah satu kawasan perairan
yang memiliki banyak lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang amat popular.
Antara spesis ikan yang amat popular ialah ikan Layaran
, sejenis hidupan yang sering menjadi tumpuan kaki pancing kerana
kesukaran untuk mendapatkannya.Oleh kerana Rompin adalah satu destinasi
ikan layaran, jadi setiap tahun acara billfish dan pertandingan memancing sering diadakan di daerah ini.
Ikan Layaran@SailFish
Iklan layaran adalah sejenis ikan di dalam genus Istiophorus
yang tinggal di perariran hangat samudra-samudra dunia. Kebanyakn
ikan ini berwarna biru kelabu-labuan dan memiliki sirip tegak yang mirip
dengan layar kapal. Ciri penting lainnya adalah muncung yang memanjang,
menyerupai muncung ikan todak. Ikan ini mampu berenang hingga kelajuan 110 km/jam
Sirip ikan ini biasanya terlipat apabila berenang dan akan menegak apabila ikan layaran merasa terancam. Ikan layaran menggunakan sirip layar mereka untuk "menggembala" sekelompok ikan atau cumi.
Ikan ini boleh mengubah tubuhnya menjadi biru muda dengan garis-garis kuning sehingga boleh mengelirukan mangsa dan memberi isyarat kepada ikan layaran lain.
Ikan Layaran@SailFish
![]() |
| Ikan Layaran |
Sirip ikan ini biasanya terlipat apabila berenang dan akan menegak apabila ikan layaran merasa terancam. Ikan layaran menggunakan sirip layar mereka untuk "menggembala" sekelompok ikan atau cumi.
Ikan ini boleh mengubah tubuhnya menjadi biru muda dengan garis-garis kuning sehingga boleh mengelirukan mangsa dan memberi isyarat kepada ikan layaran lain.


No comments:
Post a Comment